Download Ebook Kitab Hikam Pdf
Bismillahirahmanirrahiim
Muqoddimah
Muqoddimah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam
atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin,
dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw.
Daku reda Allah adalah Tuhan, Islam adalah Agama, Nabi Muhammad saw
adalah Nabi dan Rasul, al-Quran adalah Imam, Kaabah adalah Kiblat dan
Mukmin adalah saudara. Wahai tuhanku! Engkau jualah maksud dan tujuanku
dan keredaan Engkau jua yang daku cari. Daku mengharapkan kasih
sayang-Mu dan kehampiran-Mu.
Kitab al-Hikam karangan Imam Tajuddin Abu Fadhli Ahmad bin Muhammad bin
Abdul Karim bin Athaillah Askandary boleh dianggap sebagai buku teks
yang perlu dipelajari oleh orang-orang yang mahu mendalami ilmu tauhid/
tasauf serta berjalan pada jalan kerohanian. Dalamnya mengandungi
kata-kata hikmat yang boleh dijadikan petunjuk jalan menuju Allah s.w.t
dan mencapai keredaan-Nya. Pada mulanya daku mengenali Kitab al-Hikam
pada namanya sahaja. Apa yang diperkatakan adalah kitab ini merupakan
sebuah kitab yang sukar difahami. Hanya sedikit sahaja bilangan
guru-guru yang mampu mengajarkan kitab ini. Anggapan yang telah tertanam
dalam fikiranku adalah hanya orang-orang yang khusus sahaja layak
mempelajari kitab tersebut. Oleh yang demikian daku tidak pernah mencuba
untuk mempelajarinya. Kehendak Allah s.w.t mengatasi segala perkara.
Apabila daku dimasukkan ke dalam bidang kerohanian timbullah minat dan
kecenderungan untuk mengetahui isi Kitab al-Hikam. Daku mula mempelajari
syarah-syarah kitab tersebut yang boleh didapati di kedai-kedai buku.
Sedikit sekali kefahaman yang terbuka kepadaku. Kemudian daku
mempelajari kitab-kitab Tasawuf yang boleh daku dapati dari
berbagai-bagai sumber. Berbekalkan sedikit pengetahuan dalam ilmu
tasauf, daku mempelajari semula Kitab al-Hikam. Apa yang daku
pahamkan itu daku tuliskan sebagai satu cara pembelajaran. Beberapa
orang sahabat telah membaca teks yang asal dan memberi teguran yang
membina. Hasil dari teguran itu daku tulis semula Syarah al-Hikam ini.
Apa yang daku fahamkan dan perolehi dari khazanah al-Hikam ingin daku
kongsikan dengan saudara-saudara Muslimku. Mudah-mudahan Allah s.w.t
memberikan taufik dan hidayat kepada kita semua. Penyusun Syarah
al-Hikam ini bukanlah seorang yang alim dalam ilmu tasauf, apa lagi ilmu
fikah. Oleh itu adalah baik jika saudara-saudara yang membaca kitab ini
merujukkan kepada orang yang alim. Jika terdapat perbezaan pendapat di
antara isi kitab ini dengan perkataan orang alim, anggaplah kefahaman
penyusun telah tersilap dan berpeganglah kepada perkataan orang alim.
Penyusun memohon kemaafan di atas kesilapan tersebut. Sekiranya apa yang
diperkatakan dalam kitab ini adalah benar, maka sesungguhnya kebenaran
itu dari Allah s.w.t. Hanya Dia yang patut menerima pujian. Hanya
kepada-Nya kita bersyukur.
Silahkan Download Ebook pdf nya dibawah ini:
Silahkan Download Ebook pdf nya dibawah ini:
السلام عليكم
BalasHapusHikam ini ditulis drpd ceramah kiyai zezen?